Rabu, 17 April 2013

Tatabahasa





KATA BILANGAN
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan
contohnya
kata bilangan tentu
satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan talk tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan
suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan
setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya
Berapa



Jenis Kata Bilangan
contoh
Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.
1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

Surat Tidak Rasmi





SOALAN  : 
Anda sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga di kampung lantaran kesibukan bekerja.  Tuliskan sepucuk surat kepada ayah anda untuk bertanya khabar.

Pendahuluan  :
semoga keluarga di kampung sihat sejahtera
Isi-isi  : 
menanyakan khabar dan menyatakan khabar
kata bonda, kaki ayahanda terseliuh
harap kaki ayah sembuh
Penutup  :
sampaikan salam kepada bonda



No. 15, Jalan 8/1,
Taman Gembira,
56700, Kuala Lumpur.
20 Ogos 2012
 Ke hadapan ayahanda di kampung dengan selamatnya.
Ayahanda,
          Apa khabar ayahanda sekarang?  Sudah lama anakanda tidak pulang ke kampung.  Bukannya anakanda tidak mahu pulang tetapi anakanda sibuk dengan kerja di Kuala Lumpur ini.
          Menurut kata bonda di telefon semalam, khabarnya kaki ayahanda terseliuh semasa bekerja di sawah.  Bagaimana dengan kaki ayahanda?  Sudahkah ayahanda berjumpa dengan doktor?  Usia ayahanda telah lanjut, janganlah ayahanda bersusah payah lagi membanting tulang di sawah.
          Ayahanda perlu menjaga kesihatan diri ayahanda.  Anakanda akan pulang pada minggu depan untuk menziarahi ayahanda.  Harapan anakanda agar kaki ayahanda akan sembuh secepat mungkin.
          Adakah sekarang ini musim buah durian di kampung?  Anakanda amat rindu akan tempoyak yang dibuat oleh bonda.  Anakanda berharap dapatlah menikmatinya pada minggu depan.
          Setakat ini sahaja coretan anakanda.  Semoga ayahanda sihat sejahtera. Sampaikan salam anakanda kepada bonda.
          Sekian, salam rindu.

Anakanda,  
                                                                                                                                                                                     
                                                                                                                           Zamri   

Penulisan






Kata Adjektif





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...