Sabtu, 27 April 2013

Penulisan





LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH

        Pada hari Sabtu, 10 November 2011, Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas, Sabah telah melansungkan “Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah”. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi dengan kehadiran para ibu bapa yang turut meraikan majlis itu.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang  dalam bidang akedemik dan kokurulum, Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.

      Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Fairuz Baharuddin dan ucapan oleh pengurisi PIBG dan diikuti ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas, Encik Hasri Inok Abdullah.Tepat pada pukul 9.30 pagi upacara perasmian telah disempurnakan  oleh Pegawai Pelajaran Dearah, Datuk Halim Bin Bidin. Dalam ucapan tersebut beliau telah menasihatkan ibu bapa agar lebih peka terhadap pendidikan anak-anak.

      Beberapa persembahan telah diadakan seperti  melafazkan sajak, tarian, menyanyi dan beberapa persembahan yang lain untuk dipersembahkan kepada para tetamu persembahan yang paling  menarik ialah tarian tradisional oleh beberapa orang murid Tahun 6, Tahun 5, Tahun 4 dan Tahun 3. Para tetamu terhibur dengan  persembahan yang dipersembahkan.

       Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurikulum berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang rajin dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah 

        Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meraih sekali. Para jemputan dan tetamu dijemput menikmati juadah sejurus majlis ini berakhir. Diharapkan agar majlis ini menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang .

Laporan disediakn oleh,                                                                                  12 NOVEMBER 2011
  shadia
(SHADIA BINTI JIMLOK)                             
Setiausaha Majlis Anugerah
SK. Mangkapon, Pitas.

Tatabahasa





1. kah 
 - Untuk menegaskan sesuatu pertanyaan.

2. lah
  - Menjelaskan sesuatu pernyataan/ melembutkan permintaan.

3.  juga 
    - Digunakan untuk menguatkan sesuatu pernyataan.

4. - jua
    - Digunakan dalam ayat dramatik.

5. - tah
    - Untuk menegaskan sesuatu pertanyaan tetapi tidak berbentuk mengkhusus.

6. - memang
    - Digunakan untuk menguatkan ayat penyata.

7. - sahaja
    - Digunakan untukk menegaskan sesuatu dan ayat-ayat perinta lagi.

8. - lagi
    - Melembutkan ayat perintah dan menguatkan sesuatu pernyataan.

9. - pun
    - Digunakan untuk menguatkan sesuatu pernyataan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...