1.0 AYAT PENYATA.
2.0 TAKRIF / DEFINISI.
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan atau memberitahu tentang sesuatu perkara. Ayat ini ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
3.0 KESALAHAN LAZIM.
(i) Pekedai itu anak siapa.
(ii) Tolong letak buku ini di atas meja saya
(iii) Jangan bermain di tepi longkang itu.
(iv) Siapa nama bapa kamu.
(v) Ah, sakitnya dadaku.
4.0 RUMUS.
Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan sesuatu perkara, cerita, benda atau kejadian.
Contoh Ayat
|
Keterangan
|
Kakak sedang menyiram pokok bunga
|
Memaklumkan perbuatan kakak yang menyiram pokok bunga
|
Lembu itu akan dijual
|
Memberitahu berkaitan lembu yang akan dijual
|
Musa menjadi pegawai polis
|
Memaklumkan bahawa Musa merupakan seorang pegawai polis
|
Pramugari itu berasal dari negeri Kelantan
|
Memberitahu bahawa pramugari itu berasal dari Kelantan
|
Pohon rendang itu tumbang dibadai rebut
|
Memaklumkan pohon rendang yang tumbang kerana dilanda ribut
|
Mat rempit itu ditangkap dalam operasi membenteras lumba haram
|
Menyatakan mat rempit yang diberkas dalam operasi lumba haram
|
Budak-budak itu bermain di tepi longkang
|
Menceritakan budak-budak yang sedang bermain berhampiran longkang
|
5.0 LATIHAN PENGUKUHAN.
5.1 Mengenal pasti kesalahan.
( (i) “Pergi dari sini”, arah guru kepada sekumpulan pelajar.
(ayat perintah suruhan)
(ii) Sila makan kuih itu
(ayat perintah silaan)
( (iii) Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah ?
(ayat tanya yang dihasilkan dengan meninggikan suara)
( (iv) Apakah permainan yang digemari oleh anak-anak?
(ayat tanya)
(v) Harap jangan merokok.
(ayat perintah permintaan)
(vi) Jangan usia dia
(ayat perintah larangan)
(vii) Jinaknya burung merpati itu!
(ayat seruan tanpa kata seru)
(viii) Awak telah berjaya!
(ayat seruan tanpa kata seru)
(ix) Cis, berani awak menghina keluarga saya.
(ayat seruan dengan kata seru)
(x) Amboi, cantiknya baju yang diperagakan oleh pragawati itu!
(ayat seruan dengan kata seru)
5.2 Membetulkan kesalahan dalam ayat. Ubah suai ayat di bawah supaya menjadi ayat
penyata yang sama maksudnya.
(i) “Pergi dari sini”, arah guru kepada sekumpulan pelajar.
- Guru mengarahkan sekumpulan pelajar beredar dari kawasan itu
(ii) Sila makan kuih itu
Kami dijemput untuk menikmati kuih yang dihidangkan.
(iii) Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah ?
- Ibu sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.
( (iv) Apakah permainan yang digemari oleh anak-anak?
- Anak patung merupakan sejenis permainan yang digemari oleh kanak-kanak.
( (v) Harap jangan merokok.
- Ini adalah kawasan larangan merokok
(vi) Jangan usik dia
- Budak itu tidak boleh diusik oleh sesiapa.
(vi) Jinaknya burung merpati itu!
- Burung merpati itu sangat jinak.
(vii) Awak telah berjaya!
- Dia telah Berjaya dalam temu duga untuk kenaikan pangkat.
(viii) Cis, berani awak menghina keluarga saya.
- Pemuda itu memarahi pihak yang telah menghina keluarganya.
(ix) Amboi, cantiknya baju yang diperagakan oleh pragawati itu!
- Baju yang diperagakan oleh pragawati itu sangat cantik.
5.2. Menentukan ayat yang betul atau salah..
BIL
|
AYAT
|
Betul / Salah
|
(i)
|
Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital
| |
(ii)
|
Orang itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anak yang bongsu
| |
(iii)
|
Kamu berasal dari mana?
| |
(iv)
|
Ibu sedang menjahit bahu
| |
(v)
|
Kami menonton televisyen sehingga larut malam
| |
(vi)
|
Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
| |
(vii)
|
Sila masuk ke dewan ini
| |
(viii)
|
Usah dikenangkan lagi perkara ini
| |
(ix)
|
Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air
| |
(x)
|
Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan