Selasa, 30 April 2013
Tatabahasa
Kata Majmuk
Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud
apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis
yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja
terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.
Kata majmuk terbahagai kepada tiga :
a) Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara,
tandatangan, uji kaji.
b) Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani,
bertanggungjawab, memberitahu
c) Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita
d) Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala,
apahal, apalagi, bagaimana
Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada
tiga kelompok:
a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata
bebas.
Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning
langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran
seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.
b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus.
Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas
kerja, kanta tangan.
c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu
simpulan bahasa.
Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin,
pilih kasih.
Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:
a) dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu
perkataan. Contoh :
duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa = jawatankuasa
b) perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai
satu perkataan. Contohnya walaupun dan adalah.
c) dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai
satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat,
ulang tayang, temu janji, hak milik.
d) dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan
menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh :
pindah milik à dipindahmilikkan
tukar ganti à ditukargantikan
e) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau
akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh :
campur aduk à bercampur aduk
temu bual à ditemu bual
Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya
sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata
tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap
dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera,
jawatankuasa, setiausaha.
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama
kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang
melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya
setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.
Nota Tambahan Kata Majmuk
Kata Majmuk Umum
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
i. Kata majmuk biasa- yang terdiri daripada rangkai
kata bebas
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi
minyak, tengah hari, gambar rajah, jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air
hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat
ii. Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri,
Peguam Negara, Duta Besar, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda
Kata Majmuk Istilah Khusus
i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus
dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada
kata-kata umum atau istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok
umum, program bahasa, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, reka
bentuk, pita suara
Kata Majmuk Kiasan
i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain
maksud sebenarnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin, lipas
kudung .
Langgan:
Catatan (Atom)