SOALAN :
Anda sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga di kampung
lantaran kesibukan bekerja. Tuliskan sepucuk surat kepada ayah anda
untuk bertanya khabar.
Pendahuluan :
semoga keluarga di kampung sihat sejahtera
Isi-isi :
menanyakan khabar dan menyatakan khabar
kata bonda, kaki ayahanda terseliuh
harap kaki ayah sembuh
Penutup :
sampaikan salam kepada bonda
No. 15, Jalan
8/1,
Taman Gembira,
56700, Kuala
Lumpur.
20 Ogos 2012
Ke
hadapan ayahanda di kampung dengan selamatnya.
Ayahanda,
Apa
khabar ayahanda sekarang? Sudah lama anakanda tidak pulang ke
kampung. Bukannya anakanda tidak mahu pulang tetapi anakanda sibuk
dengan kerja di Kuala Lumpur ini.
Menurut
kata bonda di telefon semalam, khabarnya kaki ayahanda terseliuh semasa bekerja
di sawah. Bagaimana dengan kaki ayahanda? Sudahkah
ayahanda berjumpa dengan doktor? Usia ayahanda telah lanjut,
janganlah ayahanda bersusah payah lagi membanting tulang di sawah.
Ayahanda
perlu menjaga kesihatan diri ayahanda. Anakanda akan pulang pada
minggu depan untuk menziarahi ayahanda. Harapan anakanda agar kaki
ayahanda akan sembuh secepat mungkin.
Adakah
sekarang ini musim buah durian di kampung? Anakanda amat rindu akan
tempoyak yang dibuat oleh bonda. Anakanda berharap dapatlah
menikmatinya pada minggu depan.
Setakat
ini sahaja coretan anakanda. Semoga ayahanda sihat
sejahtera. Sampaikan salam anakanda kepada bonda.
Sekian,
salam rindu.
Anakanda,
Zamri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan