Selasa, 30 April 2013
Tatabahasa
Kata Majmuk
Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud
apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis
yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja
terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.
Kata majmuk terbahagai kepada tiga :
a) Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara,
tandatangan, uji kaji.
b) Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani,
bertanggungjawab, memberitahu
c) Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita
d) Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala,
apahal, apalagi, bagaimana
Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada
tiga kelompok:
a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata
bebas.
Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning
langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran
seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.
b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus.
Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas
kerja, kanta tangan.
c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu
simpulan bahasa.
Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin,
pilih kasih.
Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:
a) dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu
perkataan. Contoh :
duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa = jawatankuasa
b) perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai
satu perkataan. Contohnya walaupun dan adalah.
c) dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai
satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat,
ulang tayang, temu janji, hak milik.
d) dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan
menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh :
pindah milik à dipindahmilikkan
tukar ganti à ditukargantikan
e) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau
akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh :
campur aduk à bercampur aduk
temu bual à ditemu bual
Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya
sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata
tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap
dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera,
jawatankuasa, setiausaha.
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama
kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang
melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya
setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.
Nota Tambahan Kata Majmuk
Kata Majmuk Umum
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
i. Kata majmuk biasa- yang terdiri daripada rangkai
kata bebas
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi
minyak, tengah hari, gambar rajah, jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air
hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat
ii. Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri,
Peguam Negara, Duta Besar, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda
Kata Majmuk Istilah Khusus
i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus
dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada
kata-kata umum atau istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok
umum, program bahasa, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, reka
bentuk, pita suara
Kata Majmuk Kiasan
i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain
maksud sebenarnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin, lipas
kudung .
Isnin, 29 April 2013
Nota Tatabahasa
Jenis Ayat.
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat -
ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi,
sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat
Majmuk )
Kata Ganda
Kata ganda adalah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses
mengulangi kata dasar. Proses pengulangan ini sama ada melibatkan seluruh kata
dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian kata dasar (penggandaan separa).
Penggandaan Penuh
1. Besar-besar
2. Guru-guru
3. Pelajar-pelajar
5. Pokok-pokok
Penggandaan Separa
1. ke-kasut (kasut-kasut)
2. je-jari (jari-jari)
3. re-rambut (rerambut)
Kata Terbitan
Kata
terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau
menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat
bentuk kata terbitan :
1.
Kata Terbitan Berawalan
2.
Kata Terbitan Berakhiran
3.
Kata Terbitan Berapitan
4.
Kata Terbitan Bersisipan
Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :
a) imbuhan awalan
- unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’ à ber+sukan
b) imbuhan akhiran
- unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’ à makan+an
imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’ à kembali+kan
c) imbuhan apitan
- imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan
Contoh : imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’ à men+debar+kan
imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an
d) imbuhan sisipan
- unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan
Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’
imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’

Ahad, 28 April 2013
Kongsi Nota
Ayat
tanya
AYAT tanya ialah ayat yang ditandai dengan tanda tanya (?) pada
akhir ayat itu. Dalam pengucapan, ayat tanya diakhiri dengan intonasi menaik
(tinggi).
Ayat tanya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu (a) Ayat tanya yang disertai kata tanya, dan (b) Ayat tanya yang tidak disertai kata tanya.
(a) Ayat tanya dengan kata tanya
Kata tanya dalam ayat tanya jenis ini terdiri daripada kata tanya seperti apa, mana dan siapa; dan frasa kata tanya, seperti bagaimana, dari mana, dengan siapa, di mana, mengapa, dan untuk siapa. Contoh penggunaan kata tanya dan frasa kata tanya dalam ayat tanya adalah seperti yang berikut:
dengan kata tanya:
1. En. Sulaiman / mana?
2. Benda itu / apa?
3. Orang itu / siapa?
dengan frasa kata tanya:
4. Kamu / bagaimana?
5. Mereka / dari mana?
6. Puan Megawati / dengan siapa?
7. Anda / di mana?
8. Orang itu / mengapa?
9. Hadiah itu / untuk siapa?
Semua kata tanya dan frasa kata tanya yang berhuruf condong ialah predikat ayat belaka dalam susunan ayat biasa subjek mendahului predikat.
(b) Ayat tanya tanpa kata tanya
Ayat tanya yang bentuknya sama bentuknya dengan ayat penyata, tetapi berbeza oleh adanya tanda tanya (?) pada akhir ayat itu. Subjek ayat tetap mendahului predikat. Contoh:
10. Yang itu / kereta Savvy?
11. Dia / Suraj?
12. Pakaian baru itu / untuk mereka?
13. Zaidah / mempelajari tatabahasa?
Ayat tanya yang susunan biasanya subjek predikat dapat disongsangkan. Oleh itu, ayat tanya songsang ialah ayat tanya yang predikatnya didahulukan dan subjeknya dikemudiankan. Contohnya:
14. Manakah / Encik Sulaiman?
15. Apakah / benda itu?
16. Siapakah / orang itu?
17. Dengan siapakah / Puan Megawati?
18. Mengapakah / orang itu?
19. Untuk siapakah / hadiah itu?
Lawan ayat tanya songsang ialah ayat tanya biasa. Ayat-ayat dalam (a) dan (b) ialah contoh ayat tanya susunan biasa.
(i) Ayat tanya songsang biasa
Ayat tanya BM dapat disertai oleh kata partikel. Partikel ialah kata yang pada umumnya terdiri daripada satu suku kata dan tidak mempunyai makna, tetapi mempunyai fungsi tertentu dalam ayat. Misalnya partikel -kah dalam ayat-ayat tanya (14) - (19).
Tugas partikel -kah adalah untuk mementingkan predikat ayat tanya. Itulah sebabnya maka partikel -kah dikenal sebagai partikel pementing.
Apabila predikat dipentingkan, maka letaknya mestilah di hadapan, bukan di belakang. Semua predikat ayat dalam (14) - (19) disertai oleh partikel -kah, dan letaknya di hadapan. Apabila letak predikat di hadapan dan subjeknya di belakang, maka tentulah ayat songsang.
(ii) Ayat tanya songsang terbahagi
Ayat tanya songsang terbahagi ialah ayat songsang yang predikatnya terbahagi, iaitu satu di hadapan dan satu lagi di belakang; manakala subjeknya di tengah. Contoh:
20. Bagaimanakah (Predikat) dia (Subjek) datang? (Predikat)
21. Di manakah (Predikat) orang itu (Subjek) menginap? (Predikat)
22. Apakah (Predikat) dokumen (Subjek) bertaraf sulit? (Predikat)
23. Bagaimanakah (Predikat) konsep nilai kendiri (Subjek) diterapkan? (Predikat)
Dalam bentuk ayat songsang terbahagi ini, ada dua frasa yang menjadi predikatnya. Predikat yang disertai partikel -kah didahulukan. Predikat yang tidak disertai partikel -kah dikemudiankan. Subjek terletak di tengah-tengah.
Sebagai rumusan, perlu diingat bahawa apabila predikat disertai partikel -kah, maka predikat itu mestilah diletakkan di depan dan subjeknya di belakang kerana dalam bentuk ini, predikat yang dipentingkan bukan subjeknya. Maksudnya, perkara yang ditegaskan atau diutamakan yang berada dalam predikat itu diberikan perhatian. Letak atau kedudukannya tetaplah unsur predikat di hadapan, sementara subjeknya di belakang. Perhatikan bentuk baku dan tidak baku ayat tanya yang berikut ini:
24 a. Pegawai itu (S) bersarakah? (P)
(tidak baku kerana predikat bersarakah tidak dikedepankan)
b. Bersarakah (P) pegawai itu? (S)
(baku kerana mendepankan predikat yang mempunyai partikel -kah)
Apabila kata tanya (apa, mengapa, siapa, bagaimana, dll.) yang menjadi predikat disertai partikel -kah, maka predikat itu mestilah dikedepankan juga. Contoh:
25 a. Encik Othman (S) datang bilakah? (P)
(tidak baku kerana predikat bilakah tidak dikedepankan)
b. Bilakah (P) Encik Othman (S) datang? (baku kerana mendepankan predikat kata tanya (bila) berpartikel -kah)

Sabtu, 27 April 2013
Penulisan
LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH
Pada hari Sabtu, 10 November 2011, Sekolah Kebangsaan
Mangkapon Pitas, Sabah telah melansungkan “Majlis Anugerah Kecemerlangan
Sekolah”. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi dengan kehadiran para ibu
bapa yang turut meraikan majlis itu.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan
kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurulum,
Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid
supaya terus cemerlang.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Fairuz
Baharuddin dan ucapan oleh pengurisi PIBG dan diikuti ucapan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Mangkapon Pitas, Encik Hasri Inok Abdullah.Tepat pada pukul 9.30
pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Dearah,
Datuk Halim Bin Bidin. Dalam ucapan tersebut beliau telah menasihatkan ibu bapa
agar lebih peka terhadap pendidikan anak-anak.
Beberapa persembahan telah diadakan seperti melafazkan
sajak, tarian, menyanyi dan beberapa persembahan yang lain untuk dipersembahkan
kepada para tetamu persembahan yang paling menarik ialah tarian
tradisional oleh beberapa orang murid Tahun 6, Tahun 5, Tahun 4 dan Tahun 3.
Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.
Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid
yang cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurikulum berdasarkan keputusan
peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang rajin dan cemerlang dalam bidang
kokurikulum turut menerima hadiah
Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meraih sekali. Para
jemputan dan tetamu dijemput menikmati juadah sejurus majlis ini berakhir.
Diharapkan agar majlis ini menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih
cemerlang pada masa akan datang .
Laporan disediakn oleh, 12
NOVEMBER 2011
shadia
(SHADIA BINTI JIMLOK)
Setiausaha Majlis Anugerah
SK. Mangkapon, Pitas.
Tatabahasa
1. kah
- Untuk menegaskan sesuatu pertanyaan.
2. lah
- Menjelaskan sesuatu pernyataan/ melembutkan permintaan.
3. juga
- Digunakan untuk menguatkan sesuatu pernyataan.
4. - jua
- Digunakan dalam ayat dramatik.
5. - tah
- Untuk menegaskan sesuatu pertanyaan tetapi tidak berbentuk mengkhusus.
6. - memang
- Digunakan untuk menguatkan ayat penyata.
7. - sahaja
- Digunakan untukk menegaskan sesuatu dan ayat-ayat perinta lagi.
8. - lagi
- Melembutkan ayat perintah dan menguatkan sesuatu pernyataan.
9. - pun
- Digunakan untuk menguatkan sesuatu pernyataan.
Khamis, 25 April 2013
TATABAHASA
Pilih kata adjektif yang sesuai untuk ayat-ayat berikut.
1. Adik tidak suka makan ubat yang
__________________ itu.[pahit/manis/pedas.]
2. Kami memerlukan galah yang lebih
____________ untuk mengait buah
rambutan itu.[lembut/panjang/usang]
3. Dinding rumah kedai yang lama itu
telah ________ .[hancur/retak/pecah]
4. Pokok-pokok yang
____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang dengan segera.[condong/bongkok/jatuh]
5. Gulai ikan yang dimasak oleh
ibunya semalam telah _____________________.[tengik/busuk/basi]
6. Ikan yang disiang-siang oleh
tukang masak itu berbau ___________________. [garing/hangus/hanyir]
7. Kedua-dua tangan saya hampir
____________ kerana cuaca terlalu sejuk.[keras/kaku/beku]
8. Ubi keledek yang ____________ ini
memang sesuai untuk dijadikan hidangan jamuan ringan.[empuk/lemau/lembik]
9. Biskut di dalam tin ini cepat
______________ jika tidak ditutup dengan ketat.[retas/rangup/lemau]
10. Jalan yang menuju ke ladang itu agak
_______________.[regang/sempit/longgar]
11. Nordin sentiasa _____________ belajar
kerana dia berazam cemerlang dalam
peperiksaan.[tekun/malas/benci]
12. Janganlah kita bersikap ____________ walaupun
kita sudah kaya-raya.[ramah/angkuh/kejam]
13. Malam ini ____________
benar.[rajin/pesar/gelap]
14. Buah pokok durian itu
______________sekali.[lebat/banyak/garau]
15. Pelajar yang _____________________ akan
berjaya dalam hidupnya.[pandai/malas/bingung]
16. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan ________________________[hening/gopoh/hijau]
17. Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya
amat ______________________[kasar/pelik/bodoh]
18. Baju ___________________________ itu
kepunyaanku.[merah/redup/cerah]
19. Warna ________________________- tidak digemari
oleh ramai orang.[hangit/perang/renek]
20. Pahlawan itu sentiasa berkeris ____________
ke mana-mana saja dia pergi.[panjang/singkat/labuh]
Persediaan Mengajar
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN -
BAHASA MELAYU TAHUN 4
BAHASA MELAYU TAHUN 4
RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN - BAHASA MELAYU TAHUN 4
Tarikh/Hari:
JUMAAT
Masa :
8.40 -9.40 (1 jam)
Kelas:
4 Mutiara
Bil Pelajar : 19
orang
Mata pelajaran:
Bahasa Melayu
Tema:
Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi
Tajuk:
Kelapa Sawit
Objektif:
Pada akhir pelajaran murid dapat:
1. Membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi
yang betul
2. Menyatakan isi-isi penting teks
3. Mengenal pasti maklumat dan menulis nota dalam bentuk grafik
Pengetahuan Sedia
Ada: i. Murid pernah melihat
pokok kelapa sawit
ii. Murid mengetahui minyak masak dan marjerin
dihasilkan
daripada kelapa sawit
Konsep:
Pokok kelapa sawit banyak kegunaan kepada
manusia
Bahan
Gambar pokok kelapa sawit, gambar barangan daripada kelapa sawit,
marjerin, sabun, minyak masak, lilin, slide power point,
lembaran
kerja,buku teks
Nilai
Kebersihan, patriotisme, bekerjasama
Kemahiran
Fokus
utama
6.3 aras 2(i)
Fokus sampingan 9.2 aras 2(i)
Tatabahasa
Imbuhan awalan, imbuhan
apitan, perkataan seerti
Kosa kata
Isirung,
menggerakkan, diproses, reput, unik, manfaat, pelaksanaan
Ilmu
Geografi, Ekonomi
KBT
Kecerdasan pelbagai- interpersonal
Langkah/Masa
|
Isi pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
5 minit
|
Tema:
Hasil Tani
Meningkatkan Ekonomi
Gambar dan slaid pokok
kelapa sawit
|
1. Guru meminta murid mencantumkan jigsaw puzzle
dan meneka gambar
2. Menunjukkan slaid gambar pokok kelapa
sawit .
3. Bersoaljawab dengan murid tentang gambar
yang dilihat
|
1. Murid mencantumkan gambar dan cuba meneka
gambar yang terhasil.
2. Melihat gambar.
3. Menjawab soalan
|
BBM :guntingan
gambar,
gambar, gambar slaid
Teknik : soal jawab
|
Langkah 1
10 minit
|
Kelapa Sawit
Petikan rencana Kelapa
Sawit
|
1. Mendengar dan menilai bacaan mekanis
murid dari segi kelancaran, sebutan dan intonasi
|
1
Murid membaca petikan teks secara senyap, beramai-ramai secara kuat dalam
kumpulan dan kemudian secara individu dengan sebutan dan intonasi yang betul.
|
BBM – slaid, buku teks
Kaedah terus
bacaan mekanis
Teknik membaca
beramai-ramai
|
Langkah 2
20 minit
|
Kelapa Sawit
1 Mengesan isi-isi penting teks yang dibaca.
2.
Menggariskan
isi penting
3.
Menjalankan
aktiviti
perbincangan
dalam
kumpulan.
4. Mencatat maklumat di dalam kertas.
|
1. Menyoal murid tentang teks yang dibaca.
2. Menunjukkan benda maujud yang dihasilkan
daripada kelapa sawit.
3. Menayangkan gambar slaid kegunaan bahagian-
bahagian kelapa sawit- isirung,buah, tandan , daun, buah, pelepah, dan
batang.
4. Menyoal makna perkataan yang bercetak warna.
5. Menjelaskan cara mendapatkan maklumat umum/isi
penting daripada teks.
6. Membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
kecil
7. Membimbing murid mencatat dan membina ayat.
|
1. Murid menjawab soalan yang dikemukakan.
2. Murid melihat benda maujud yang ditunjukkan.
3. Murid melihat gambar slaid yang ditayangkan.
4. Murid mencari makna perkataan daripada kamus.
5. Murid menggarisi isi-isi penting teks
6. Murid menjalankan aktiviti perbincangan dalam
kumpulan untuk mendapatkan maklumat penting daripada teks.
7. Mencatat maklumat pada kertas yang disediakan.
|
BBM- buku teks, kamus
Kaedah Oral
Aural
Teknik soal jawab
TMK
Kaedah terjemahan
Kemahiran berfikir:
Kreatif
Kemahiran belajar:
Pemerolehan maklumat
penilaian kendiri
|
Langkah 3
(10 minit)
|
1. Pembentangan hasil perbincangan kumpulan
2. Memberi pendapat
3. Komen dan ulasan guru
|
4. Memberi ulasan dan komen terhadap maklumat
yang dilaporkan.
5. Meminta pendapat daripada murid lain.
|
1 Wakil kumpulan melaporkan maklumat yang
diperolehi.
2 Murid memberi pendapat masing-masing.
|
Kemahiran berfikir:
Kritis
Teknik:
Perbincangan
Teknik:
Menyampai
kan laporan
|
Langkah 4
(10 minit)
|
1. Gerakerja bertulis:
-Maksud perkataan/
sinonim
-Peta minda
|
1.
Memberi latihan
bertulis – menulis
maksud perkataan
yang berwarna.
2. Menyuruh murid melengkapkan peta minda
kegunaan bahagian-bahagian kelapa sawit.
3. Menyuruh murid menulis perkataan yang
mengandungi imbuhan apitan dan akhiran
|
1. Menulis makna perkataan/sinonim
2. Melengkapkan peta minda dan mencatat kegunaan
bahagian kelapa sawit
3. Menulis imbuhan apitan dan akhiran.
|
Lembaran kerja: Peta
minda kegunaan kelapa sawit
|
Penutup
(5 minit)
|
Rumusan
|
Guru merumuskan isi
pelajaran dan membuat kesimpulan.
|
1. Menyenaraikan pengajaran
yang diperolehi.
|
Langgan:
Catatan (Atom)