Rabu, 17 April 2013

Tatabahasa





KATA BILANGAN
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan
contohnya
kata bilangan tentu
satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan talk tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan
suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan
setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya
Berapa



Jenis Kata Bilangan
contoh
Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.
1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

Surat Tidak Rasmi





SOALAN  : 
Anda sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga di kampung lantaran kesibukan bekerja.  Tuliskan sepucuk surat kepada ayah anda untuk bertanya khabar.

Pendahuluan  :
semoga keluarga di kampung sihat sejahtera
Isi-isi  : 
menanyakan khabar dan menyatakan khabar
kata bonda, kaki ayahanda terseliuh
harap kaki ayah sembuh
Penutup  :
sampaikan salam kepada bonda



No. 15, Jalan 8/1,
Taman Gembira,
56700, Kuala Lumpur.
20 Ogos 2012
 Ke hadapan ayahanda di kampung dengan selamatnya.
Ayahanda,
          Apa khabar ayahanda sekarang?  Sudah lama anakanda tidak pulang ke kampung.  Bukannya anakanda tidak mahu pulang tetapi anakanda sibuk dengan kerja di Kuala Lumpur ini.
          Menurut kata bonda di telefon semalam, khabarnya kaki ayahanda terseliuh semasa bekerja di sawah.  Bagaimana dengan kaki ayahanda?  Sudahkah ayahanda berjumpa dengan doktor?  Usia ayahanda telah lanjut, janganlah ayahanda bersusah payah lagi membanting tulang di sawah.
          Ayahanda perlu menjaga kesihatan diri ayahanda.  Anakanda akan pulang pada minggu depan untuk menziarahi ayahanda.  Harapan anakanda agar kaki ayahanda akan sembuh secepat mungkin.
          Adakah sekarang ini musim buah durian di kampung?  Anakanda amat rindu akan tempoyak yang dibuat oleh bonda.  Anakanda berharap dapatlah menikmatinya pada minggu depan.
          Setakat ini sahaja coretan anakanda.  Semoga ayahanda sihat sejahtera. Sampaikan salam anakanda kepada bonda.
          Sekian, salam rindu.

Anakanda,  
                                                                                                                                                                                     
                                                                                                                           Zamri   

Penulisan






Kata Adjektif





Ahad, 14 April 2013

Latihan Pemahaman

Latihan Interaktif secara online.








Latihan Pemahaman




KATA NAMA KHAS

Latihan : Gariskan Kata Nama Khas dalam ayat-ayat berikut.

1.    Lily menyambut harijadinya di Restoran Sugarbun.
2.    Ali dan Mei Ling belajar di Sekolah Menengah Chung Hwa , Bandar Seri Begawan.
3.    Ai Ling yang belajar di Darjah 3B sedang mengelap tingkap .
4.    Kaki  Ali berdarah kerana terpijak kaca.
5.    Pada hari Isnin ini Hui Chu akan berkelah di Pantai Tungku bersama keluarganya.
6.    Setiap hari Awang Roslan pergi bekerja dengan memandu sebuah kereta Mitsubishi.
7.    Kim Chan berasal dari Kuala  Lumpur , Malaysia dan kini dia bekerja di Bandar Seri Begawan, Brunei.
8.    Dia menamakan kucing kesayangannya Si Putih kerana bulunya berwarna putih.
9.    Linda dan keluarganya tinggal di Jalan Tutong.
10.    Abang Fatimah sedang belajar di Universiti Brunei Darussalam.

Sabtu, 13 April 2013

Persediaan Mengajar




Mata pelajaran                      : Bahasa Melayu
Tahun                                      : 4 Mutiara
Bil. Murid                                : 35 orang
Tajuk                                       : Hargai Pengorbanan Ayah dan Ibu
Tarikh                                      : 21 Februari 2013
Masa                                       : 7.30 – 8.30 ( 60 minit)
Fokus Utama                         : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
                                                      sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
                                                      memahami perkara yang dibaca.

  Aras 1(i) Membaca lancar bahan sastera dan  bukan sastera denagn sebutan dan  
                intonasi yang betul.
                                                 8.1 Membina dan menulis perkataan ,ayat tunggal 
                                                 dan ayat majmuk
 Aras 1( i ) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberi        

Fokus Sampingan               : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
                                                 dengan kehidupan seharian dengan nada dan
                                                 intonasi yang betul
                                                  Aras 1(i) Berbuall tentang sesuatu perkara dialami
                                                 atau dilihat atau yang dibaca

Objektif                                  : Pada akhir pelajaran murid dapat:
                                                  i     Membaca teks dengan sebuatan dan intonasi
                                                        yang betul.

                                                ii     Menyatakan lima nilai terhadap ibu bapa.
                                               iii    Menulis ayat tunggal dan majmuk dengan betul
                                               iv     Menghasilkan karangan berperenggan

Kemahiran Bahasa              : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Sistem Bahasa                     : Kosa kata :ilham, tabah, diasuh
Pengisian Kurikulum
Ilmu                                        : Pendidikan Islam, Pendidikan Seni dan Muzik
Nilai                                        : bekerjasama sayang, hormat, menghargai,
                                                 mendengar nasihat, berterima kasih dan bersyukur.

Kemahiran Bernilai Tambah( KBT)
Kemahiran Berfikir              : Mencirikan, membuat kaitan dan perhubungan,
                                                menilai, menjana idea dan  membuat kesimpulan.
Kemahiran Belajar              : mencatat maklumat, dan melaporkan maklumat.
Kecerdasan Pelbagai         : kontekstual, interpersonal, verbal-linguistik,  dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada   : i.Murid mempunyai ibu bapa masing-masing
                                                 ii Murid pernah membina ayat tunggal
                                                iii Murid tahu membina ayat majmuk
                                                ivMurid pernah membuat kad ucapan
Bahan Bantu Mengajar      : Potret ibu bapa, Kad ucapan gergasi ,
                                                youtube  ayah dan ibu,, petikan buku teks




Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Menyatakan perihal ibu bapa masing-masing.
Ceritakan tentang potret
Adakah kamu menyayangi ibu bapa kamu apabila mereka telah tua?
Set Induksi ( 5 minit)

1.Murid diperlihatkan  dengan  
   potret ibu bapa
3.Murid memberi respon  atau
   pendapat .
5.Guru menjelaskan tujuan
   aktiviti dalam  langkah berikut.
(Lisan)
KB : Menghubungkait

BCB : mendengar aktif

BBB: potret ibu bapa
(Lampiran 1)
Membaca petikan dari buku teks ( mukasurat 5)
Mencari makna perkataan baru
- menyambut
-ilham
-bersempena
-mengagumi
-tabah
-menghargai
-kempen
-mengisytiharkan



Langkah 1 (8 minit)
1.Murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang lancar.
2. Murid mencari makna perkataan baru daripada kamus.
3.Murid memadankan perkataan dan makna pada carta



(Bacaan)
KB :.menjana idea, menghubungkait

BCB: Mencari makna

KP: kontekstual
Membina ayat majmuk berdasarkan rajah tukar ganti( buku teks mukasurat 9)
Langkah 2 (10minit)
1.Murid diarahkan duduk dalam kumpulan.
2. Kumpulan A menulis lima ayat majmuk berdasarkan rajah tukar ganti  di atas manila kad
3. Kumpulan B menulis ayat berdasarkan gambar bersiri
4 Kumpulan C menulis ayat berdasarkan gambar tunggal
5.Ketua kumpulan melapor.
6. Hasil kerja dipamerkan pada papan kenyataan
(Tulisan dan bacaan)
KB : menjana idea

BC : memproses maklumat

Bersoal jawab
-ciri-ciri anak yang baik

- cara nak tunjuk sayang kepada ibu bapa




Langkah 3 (12 minit)
1.Guru menayangkan video lagu ‘ Ayah dan Ibu’

2. Murid menyanyi bersama rakaman video lagu
3. Guru meminta murid
    menyatakan ciri-ciri anak yang  baik
4. Murid menyatakan ciri  anak
    yang baik.
5. Murid diminta menyatakan
    cara menunjukkan kasih  
    sayang kepada ibu bapa.
6. Murid memberi pendapat dan membuat rumusan masing-masing.
(Lisan )
KB : mencirikan, menjana idea, membuat kesimpulan

BCB : melaporkan maklumat

KP : emosi, verbal linguistic

Nilai: kasih sayang,menghormati, berterima kasih, mendengar kata atau nasihat.

BBB.: Rakaman video (lampiran 3), CD
Menulis karangan berperenggan
Langkah 4 (10 minit)
1.Guru meminta murid menulis karangan berperenggan.
2.Murid menulis karangan ‘Cara-cara membalas jasa ibu bapa’
3.Murid diminta menampal gambar ibu bapa atau gambar keluarga di dalam buku
(Tulisan)
Pengayaan
Langkah 5 (2 minit)
1.Guru menunjukkan contoh kad ucapan hari ibu dan ayah.
2.Guru meminta murid membuat kad ucapan hari ibu atau hari ayah di rumah.

Penutup kognitif
Peneguhan positif

Penutup sosial
Nyanyian

Penutup( 3 minit)
1. Guru menerapkan nilai-nilai murni

2. Murid menyanyi lagu ‘Ayah dan Ibu’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...