Ahad, 28 April 2013
Kongsi Nota
Ayat
tanya
AYAT tanya ialah ayat yang ditandai dengan tanda tanya (?) pada
akhir ayat itu. Dalam pengucapan, ayat tanya diakhiri dengan intonasi menaik
(tinggi).
Ayat tanya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu (a) Ayat tanya yang disertai kata tanya, dan (b) Ayat tanya yang tidak disertai kata tanya.
(a) Ayat tanya dengan kata tanya
Kata tanya dalam ayat tanya jenis ini terdiri daripada kata tanya seperti apa, mana dan siapa; dan frasa kata tanya, seperti bagaimana, dari mana, dengan siapa, di mana, mengapa, dan untuk siapa. Contoh penggunaan kata tanya dan frasa kata tanya dalam ayat tanya adalah seperti yang berikut:
dengan kata tanya:
1. En. Sulaiman / mana?
2. Benda itu / apa?
3. Orang itu / siapa?
dengan frasa kata tanya:
4. Kamu / bagaimana?
5. Mereka / dari mana?
6. Puan Megawati / dengan siapa?
7. Anda / di mana?
8. Orang itu / mengapa?
9. Hadiah itu / untuk siapa?
Semua kata tanya dan frasa kata tanya yang berhuruf condong ialah predikat ayat belaka dalam susunan ayat biasa subjek mendahului predikat.
(b) Ayat tanya tanpa kata tanya
Ayat tanya yang bentuknya sama bentuknya dengan ayat penyata, tetapi berbeza oleh adanya tanda tanya (?) pada akhir ayat itu. Subjek ayat tetap mendahului predikat. Contoh:
10. Yang itu / kereta Savvy?
11. Dia / Suraj?
12. Pakaian baru itu / untuk mereka?
13. Zaidah / mempelajari tatabahasa?
Ayat tanya yang susunan biasanya subjek predikat dapat disongsangkan. Oleh itu, ayat tanya songsang ialah ayat tanya yang predikatnya didahulukan dan subjeknya dikemudiankan. Contohnya:
14. Manakah / Encik Sulaiman?
15. Apakah / benda itu?
16. Siapakah / orang itu?
17. Dengan siapakah / Puan Megawati?
18. Mengapakah / orang itu?
19. Untuk siapakah / hadiah itu?
Lawan ayat tanya songsang ialah ayat tanya biasa. Ayat-ayat dalam (a) dan (b) ialah contoh ayat tanya susunan biasa.
(i) Ayat tanya songsang biasa
Ayat tanya BM dapat disertai oleh kata partikel. Partikel ialah kata yang pada umumnya terdiri daripada satu suku kata dan tidak mempunyai makna, tetapi mempunyai fungsi tertentu dalam ayat. Misalnya partikel -kah dalam ayat-ayat tanya (14) - (19).
Tugas partikel -kah adalah untuk mementingkan predikat ayat tanya. Itulah sebabnya maka partikel -kah dikenal sebagai partikel pementing.
Apabila predikat dipentingkan, maka letaknya mestilah di hadapan, bukan di belakang. Semua predikat ayat dalam (14) - (19) disertai oleh partikel -kah, dan letaknya di hadapan. Apabila letak predikat di hadapan dan subjeknya di belakang, maka tentulah ayat songsang.
(ii) Ayat tanya songsang terbahagi
Ayat tanya songsang terbahagi ialah ayat songsang yang predikatnya terbahagi, iaitu satu di hadapan dan satu lagi di belakang; manakala subjeknya di tengah. Contoh:
20. Bagaimanakah (Predikat) dia (Subjek) datang? (Predikat)
21. Di manakah (Predikat) orang itu (Subjek) menginap? (Predikat)
22. Apakah (Predikat) dokumen (Subjek) bertaraf sulit? (Predikat)
23. Bagaimanakah (Predikat) konsep nilai kendiri (Subjek) diterapkan? (Predikat)
Dalam bentuk ayat songsang terbahagi ini, ada dua frasa yang menjadi predikatnya. Predikat yang disertai partikel -kah didahulukan. Predikat yang tidak disertai partikel -kah dikemudiankan. Subjek terletak di tengah-tengah.
Sebagai rumusan, perlu diingat bahawa apabila predikat disertai partikel -kah, maka predikat itu mestilah diletakkan di depan dan subjeknya di belakang kerana dalam bentuk ini, predikat yang dipentingkan bukan subjeknya. Maksudnya, perkara yang ditegaskan atau diutamakan yang berada dalam predikat itu diberikan perhatian. Letak atau kedudukannya tetaplah unsur predikat di hadapan, sementara subjeknya di belakang. Perhatikan bentuk baku dan tidak baku ayat tanya yang berikut ini:
24 a. Pegawai itu (S) bersarakah? (P)
(tidak baku kerana predikat bersarakah tidak dikedepankan)
b. Bersarakah (P) pegawai itu? (S)
(baku kerana mendepankan predikat yang mempunyai partikel -kah)
Apabila kata tanya (apa, mengapa, siapa, bagaimana, dll.) yang menjadi predikat disertai partikel -kah, maka predikat itu mestilah dikedepankan juga. Contoh:
25 a. Encik Othman (S) datang bilakah? (P)
(tidak baku kerana predikat bilakah tidak dikedepankan)
b. Bilakah (P) Encik Othman (S) datang? (baku kerana mendepankan predikat kata tanya (bila) berpartikel -kah)

Sabtu, 27 April 2013
Penulisan
LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH
Pada hari Sabtu, 10 November 2011, Sekolah Kebangsaan
Mangkapon Pitas, Sabah telah melansungkan “Majlis Anugerah Kecemerlangan
Sekolah”. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi dengan kehadiran para ibu
bapa yang turut meraikan majlis itu.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan
kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurulum,
Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid
supaya terus cemerlang.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Fairuz
Baharuddin dan ucapan oleh pengurisi PIBG dan diikuti ucapan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Mangkapon Pitas, Encik Hasri Inok Abdullah.Tepat pada pukul 9.30
pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Dearah,
Datuk Halim Bin Bidin. Dalam ucapan tersebut beliau telah menasihatkan ibu bapa
agar lebih peka terhadap pendidikan anak-anak.
Beberapa persembahan telah diadakan seperti melafazkan
sajak, tarian, menyanyi dan beberapa persembahan yang lain untuk dipersembahkan
kepada para tetamu persembahan yang paling menarik ialah tarian
tradisional oleh beberapa orang murid Tahun 6, Tahun 5, Tahun 4 dan Tahun 3.
Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.
Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid
yang cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurikulum berdasarkan keputusan
peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang rajin dan cemerlang dalam bidang
kokurikulum turut menerima hadiah
Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meraih sekali. Para
jemputan dan tetamu dijemput menikmati juadah sejurus majlis ini berakhir.
Diharapkan agar majlis ini menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih
cemerlang pada masa akan datang .
Laporan disediakn oleh, 12
NOVEMBER 2011
shadia
(SHADIA BINTI JIMLOK)
Setiausaha Majlis Anugerah
SK. Mangkapon, Pitas.
Tatabahasa
1. kah
- Untuk menegaskan sesuatu pertanyaan.
2. lah
- Menjelaskan sesuatu pernyataan/ melembutkan permintaan.
3. juga
- Digunakan untuk menguatkan sesuatu pernyataan.
4. - jua
- Digunakan dalam ayat dramatik.
5. - tah
- Untuk menegaskan sesuatu pertanyaan tetapi tidak berbentuk mengkhusus.
6. - memang
- Digunakan untuk menguatkan ayat penyata.
7. - sahaja
- Digunakan untukk menegaskan sesuatu dan ayat-ayat perinta lagi.
8. - lagi
- Melembutkan ayat perintah dan menguatkan sesuatu pernyataan.
9. - pun
- Digunakan untuk menguatkan sesuatu pernyataan.
Khamis, 25 April 2013
TATABAHASA
Pilih kata adjektif yang sesuai untuk ayat-ayat berikut.
1. Adik tidak suka makan ubat yang
__________________ itu.[pahit/manis/pedas.]
2. Kami memerlukan galah yang lebih
____________ untuk mengait buah
rambutan itu.[lembut/panjang/usang]
3. Dinding rumah kedai yang lama itu
telah ________ .[hancur/retak/pecah]
4. Pokok-pokok yang
____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang dengan segera.[condong/bongkok/jatuh]
5. Gulai ikan yang dimasak oleh
ibunya semalam telah _____________________.[tengik/busuk/basi]
6. Ikan yang disiang-siang oleh
tukang masak itu berbau ___________________. [garing/hangus/hanyir]
7. Kedua-dua tangan saya hampir
____________ kerana cuaca terlalu sejuk.[keras/kaku/beku]
8. Ubi keledek yang ____________ ini
memang sesuai untuk dijadikan hidangan jamuan ringan.[empuk/lemau/lembik]
9. Biskut di dalam tin ini cepat
______________ jika tidak ditutup dengan ketat.[retas/rangup/lemau]
10. Jalan yang menuju ke ladang itu agak
_______________.[regang/sempit/longgar]
11. Nordin sentiasa _____________ belajar
kerana dia berazam cemerlang dalam
peperiksaan.[tekun/malas/benci]
12. Janganlah kita bersikap ____________ walaupun
kita sudah kaya-raya.[ramah/angkuh/kejam]
13. Malam ini ____________
benar.[rajin/pesar/gelap]
14. Buah pokok durian itu
______________sekali.[lebat/banyak/garau]
15. Pelajar yang _____________________ akan
berjaya dalam hidupnya.[pandai/malas/bingung]
16. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan ________________________[hening/gopoh/hijau]
17. Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya
amat ______________________[kasar/pelik/bodoh]
18. Baju ___________________________ itu
kepunyaanku.[merah/redup/cerah]
19. Warna ________________________- tidak digemari
oleh ramai orang.[hangit/perang/renek]
20. Pahlawan itu sentiasa berkeris ____________
ke mana-mana saja dia pergi.[panjang/singkat/labuh]
Langgan:
Catatan (Atom)