Rabu, 17 April 2013
Ahad, 14 April 2013
Latihan Pemahaman
KATA NAMA KHAS
Latihan : Gariskan Kata Nama Khas dalam ayat-ayat berikut.
1. Lily menyambut harijadinya di Restoran Sugarbun.
2. Ali dan Mei Ling belajar di Sekolah Menengah Chung Hwa , Bandar Seri Begawan.
3. Ai Ling yang belajar di Darjah 3B sedang mengelap tingkap .
4. Kaki Ali berdarah kerana terpijak kaca.
5. Pada hari Isnin ini Hui Chu akan berkelah di Pantai Tungku bersama keluarganya.
6. Setiap hari Awang Roslan pergi bekerja dengan memandu sebuah kereta Mitsubishi.
7. Kim Chan berasal dari Kuala Lumpur , Malaysia dan kini dia bekerja di Bandar Seri Begawan, Brunei.
8. Dia menamakan kucing kesayangannya Si Putih kerana bulunya berwarna putih.
9. Linda dan keluarganya tinggal di Jalan Tutong.
10. Abang Fatimah sedang belajar di Universiti Brunei Darussalam.
1. Lily menyambut harijadinya di Restoran Sugarbun.
2. Ali dan Mei Ling belajar di Sekolah Menengah Chung Hwa , Bandar Seri Begawan.
3. Ai Ling yang belajar di Darjah 3B sedang mengelap tingkap .
4. Kaki Ali berdarah kerana terpijak kaca.
5. Pada hari Isnin ini Hui Chu akan berkelah di Pantai Tungku bersama keluarganya.
6. Setiap hari Awang Roslan pergi bekerja dengan memandu sebuah kereta Mitsubishi.
7. Kim Chan berasal dari Kuala Lumpur , Malaysia dan kini dia bekerja di Bandar Seri Begawan, Brunei.
8. Dia menamakan kucing kesayangannya Si Putih kerana bulunya berwarna putih.
9. Linda dan keluarganya tinggal di Jalan Tutong.
10. Abang Fatimah sedang belajar di Universiti Brunei Darussalam.
Sabtu, 13 April 2013
Persediaan Mengajar
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Mutiara
Bil. Murid : 35 orang
Tajuk : Hargai Pengorbanan Ayah dan Ibu
Tarikh : 21 Februari 2013
Masa : 7.30 – 8.30 ( 60 minit)
Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
memahami perkara yang dibaca.
Aras 1(i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera denagn sebutan dan
intonasi yang betul.
8.1 Membina dan menulis perkataan ,ayat tunggal
dan ayat majmuk
Aras 1( i ) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberi
Fokus Sampingan : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
dengan kehidupan seharian dengan nada dan
intonasi yang betul
Aras 1(i) Berbuall tentang sesuatu perkara dialami
atau dilihat atau yang dibaca
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:
i Membaca teks dengan sebuatan dan intonasi
yang betul.
ii Menyatakan lima nilai terhadap ibu bapa.
iii Menulis ayat tunggal dan majmuk dengan betul
iv Menghasilkan karangan berperenggan
Kemahiran Bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Sistem Bahasa : Kosa kata :ilham, tabah, diasuh
Pengisian Kurikulum
Ilmu : Pendidikan Islam, Pendidikan Seni dan Muzik
Nilai : bekerjasama sayang, hormat, menghargai,
mendengar nasihat, berterima kasih dan bersyukur.
Kemahiran Bernilai Tambah( KBT)
Kemahiran Berfikir : Mencirikan, membuat kaitan dan perhubungan,
menilai, menjana idea dan membuat kesimpulan.
Kemahiran Belajar : mencatat maklumat, dan melaporkan maklumat.
Kecerdasan Pelbagai : kontekstual, interpersonal, verbal-linguistik, dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : i.Murid mempunyai ibu bapa masing-masing
ii Murid pernah membina ayat tunggal
iii Murid tahu membina ayat majmuk
ivMurid pernah membuat kad ucapan
Bahan Bantu Mengajar : Potret ibu bapa, Kad ucapan gergasi ,
youtube ayah dan ibu,, petikan buku teks
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Menyatakan perihal ibu bapa masing-masing.
Ceritakan tentang potret
Adakah kamu menyayangi ibu bapa kamu apabila mereka telah tua?
|
Set Induksi ( 5 minit)
1.Murid diperlihatkan dengan
potret ibu bapa
3.Murid memberi respon atau
pendapat .
5.Guru menjelaskan tujuan
aktiviti dalam langkah berikut.
|
(Lisan)
KB : Menghubungkait
BCB : mendengar aktif
BBB: potret ibu bapa
(Lampiran 1)
|
Membaca petikan dari buku teks ( mukasurat 5)
Mencari makna perkataan baru
- menyambut
-ilham
-bersempena
-mengagumi
-tabah
-menghargai
-kempen
-mengisytiharkan
|
Langkah 1 (8 minit)
1.Murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang lancar.
2. Murid mencari makna perkataan baru daripada kamus.
3.Murid memadankan perkataan dan makna pada carta
|
(Bacaan)
KB :.menjana idea, menghubungkait
BCB: Mencari makna
KP: kontekstual
|
Membina ayat majmuk berdasarkan rajah tukar ganti( buku teks mukasurat 9)
|
Langkah 2 (10minit)
1.Murid diarahkan duduk dalam kumpulan.
2. Kumpulan A menulis lima ayat majmuk berdasarkan rajah tukar ganti di atas manila kad
3. Kumpulan B menulis ayat berdasarkan gambar bersiri
4 Kumpulan C menulis ayat berdasarkan gambar tunggal
5.Ketua kumpulan melapor.
6. Hasil kerja dipamerkan pada papan kenyataan
|
(Tulisan dan bacaan)
KB : menjana idea
BC : memproses maklumat
|
Bersoal jawab
-ciri-ciri anak yang baik
- cara nak tunjuk sayang kepada ibu bapa
|
Langkah 3 (12 minit)
1.Guru menayangkan video lagu ‘ Ayah dan Ibu’
2. Murid menyanyi bersama rakaman video lagu
3. Guru meminta murid
menyatakan ciri-ciri anak yang baik
4. Murid menyatakan ciri anak
yang baik.
5. Murid diminta menyatakan
cara menunjukkan kasih
sayang kepada ibu bapa.
6. Murid memberi pendapat dan membuat rumusan masing-masing.
|
(Lisan )
KB : mencirikan, menjana idea, membuat kesimpulan
BCB : melaporkan maklumat
KP : emosi, verbal linguistic
Nilai: kasih sayang,menghormati, berterima kasih, mendengar kata atau nasihat.
BBB.: Rakaman video (lampiran 3), CD
|
Menulis karangan berperenggan
|
Langkah 4 (10 minit)
1.Guru meminta murid menulis karangan berperenggan.
2.Murid menulis karangan ‘Cara-cara membalas jasa ibu bapa’
3.Murid diminta menampal gambar ibu bapa atau gambar keluarga di dalam buku
|
(Tulisan)
|
Pengayaan
|
Langkah 5 (2 minit)
1.Guru menunjukkan contoh kad ucapan hari ibu dan ayah.
2.Guru meminta murid membuat kad ucapan hari ibu atau hari ayah di rumah.
| |
Penutup kognitif
Peneguhan positif
Penutup sosial
Nyanyian
|
Penutup( 3 minit)
1. Guru menerapkan nilai-nilai murni
2. Murid menyanyi lagu ‘Ayah dan Ibu’
|
Latihan Tatabahasa
1.Abang saya akan melanjutkan pelajarannya________ Australia_______ akhir bulan ini.
a.di, di b.ke, di c.dari, pada d.di, pada
2.Gambar yang tergantung_______ dinding itu dibelinya_________ pelukis itu.
a.pada, daripada b.di, dari c.dengan, daripada d.kepada, dari
3.Kami memang gemar_________ hobi mengumpul setem.
a.dengan b.akan c.dari d.daripada
4.Bendera yang________ itu bendera negara Afrika selatan.
a.berkocak b.berbuai c.berkumandang d.berkibar.
5.Itik yang sedang________ makanan itu besar-besar belaka.
a.mematuk b.menyudu c.memagut d.menghisap.
6.Dalam________ seminggu, saya harus menyiapkan tugasan ini.
a.tempo b.tempuh c.tempoh d.tempah.
7.Para pengundi_______ ke pusat pengundian di sekolah itu.
a.berebut-rebut b.berdedai-dedai c.berduyun-duyun d.berlelai-lelai
8.Isikan________ ini ke dalam sarung bantal yang baru dijahitkan oleh ibu.
a.kekacang b.kekabu c.kekisi d. bebola.
9.Kapal yang_______ dari pelabuhan itu ke tempat ini kepunyaan Syarikat Azeem.
a.bolak-bolak b.turun-naik c.lalu-lalang d.mundar-mandir.
10.Masukkan beberapa_________ bawang ke dalam sambal kicap itu.
a.iris b.ketul c.biji d.buah.
11.Harga tiga________ petai itu ialah RM3.00.
a.papan b.buah c.gelung d.gelang.
12.________ pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
a.Bebatang b.Bebuli c.Reranting d.Kekayu.
13.Dia membaling anjing itu dengan se_________ kayu api.
a.batang b.papan c.berkas d.laras.
14.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.
a.Ielabi b.lelabah c.kekabu d.tetupai.
15.Tudung saji digunakan untuk menutup________ itu.
a.sampah-sarap b.semak-samun c.sayur-mayur d.lauk-pauk.
16.Keadaan malam itu sangat________ dan tidak berbintang di langit.
a.cerah b.gelap c.bahaya d.suram.
17.Kita tidak boleh memandang_______ kepada orang lain walaupun mereka miskin.
aserong b.jijik c.sombong d.hina.
18.Pelajar lelaki universiti dipanggil________.
a.mahasiswi b.mahasiswa c.mahaguru d.mahaputera.
19.Dalam filem, pelakon wanita dipanggil__________.
a.seniman b.biduan c.biduanita d.seniwati.
a.buah b.biji c.ekor d.bilah.
Latihan Tentang Ayat
1.0 AYAT PENYATA.
2.0 TAKRIF / DEFINISI.
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan atau memberitahu tentang sesuatu perkara. Ayat ini ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
3.0 KESALAHAN LAZIM.
(i) Pekedai itu anak siapa.
(ii) Tolong letak buku ini di atas meja saya
(iii) Jangan bermain di tepi longkang itu.
(iv) Siapa nama bapa kamu.
(v) Ah, sakitnya dadaku.
4.0 RUMUS.
Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan sesuatu perkara, cerita, benda atau kejadian.
Contoh Ayat
|
Keterangan
|
Kakak sedang menyiram pokok bunga
|
Memaklumkan perbuatan kakak yang menyiram pokok bunga
|
Lembu itu akan dijual
|
Memberitahu berkaitan lembu yang akan dijual
|
Musa menjadi pegawai polis
|
Memaklumkan bahawa Musa merupakan seorang pegawai polis
|
Pramugari itu berasal dari negeri Kelantan
|
Memberitahu bahawa pramugari itu berasal dari Kelantan
|
Pohon rendang itu tumbang dibadai rebut
|
Memaklumkan pohon rendang yang tumbang kerana dilanda ribut
|
Mat rempit itu ditangkap dalam operasi membenteras lumba haram
|
Menyatakan mat rempit yang diberkas dalam operasi lumba haram
|
Budak-budak itu bermain di tepi longkang
|
Menceritakan budak-budak yang sedang bermain berhampiran longkang
|
5.0 LATIHAN PENGUKUHAN.
5.1 Mengenal pasti kesalahan.
( (i) “Pergi dari sini”, arah guru kepada sekumpulan pelajar.
(ayat perintah suruhan)
(ii) Sila makan kuih itu
(ayat perintah silaan)
( (iii) Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah ?
(ayat tanya yang dihasilkan dengan meninggikan suara)
( (iv) Apakah permainan yang digemari oleh anak-anak?
(ayat tanya)
(v) Harap jangan merokok.
(ayat perintah permintaan)
(vi) Jangan usia dia
(ayat perintah larangan)
(vii) Jinaknya burung merpati itu!
(ayat seruan tanpa kata seru)
(viii) Awak telah berjaya!
(ayat seruan tanpa kata seru)
(ix) Cis, berani awak menghina keluarga saya.
(ayat seruan dengan kata seru)
(x) Amboi, cantiknya baju yang diperagakan oleh pragawati itu!
(ayat seruan dengan kata seru)
5.2 Membetulkan kesalahan dalam ayat. Ubah suai ayat di bawah supaya menjadi ayat
penyata yang sama maksudnya.
(i) “Pergi dari sini”, arah guru kepada sekumpulan pelajar.
- Guru mengarahkan sekumpulan pelajar beredar dari kawasan itu
(ii) Sila makan kuih itu
Kami dijemput untuk menikmati kuih yang dihidangkan.
(iii) Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah ?
- Ibu sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.
( (iv) Apakah permainan yang digemari oleh anak-anak?
- Anak patung merupakan sejenis permainan yang digemari oleh kanak-kanak.
( (v) Harap jangan merokok.
- Ini adalah kawasan larangan merokok
(vi) Jangan usik dia
- Budak itu tidak boleh diusik oleh sesiapa.
(vi) Jinaknya burung merpati itu!
- Burung merpati itu sangat jinak.
(vii) Awak telah berjaya!
- Dia telah Berjaya dalam temu duga untuk kenaikan pangkat.
(viii) Cis, berani awak menghina keluarga saya.
- Pemuda itu memarahi pihak yang telah menghina keluarganya.
(ix) Amboi, cantiknya baju yang diperagakan oleh pragawati itu!
- Baju yang diperagakan oleh pragawati itu sangat cantik.
5.2. Menentukan ayat yang betul atau salah..
BIL
|
AYAT
|
Betul / Salah
|
(i)
|
Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital
| |
(ii)
|
Orang itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anak yang bongsu
| |
(iii)
|
Kamu berasal dari mana?
| |
(iv)
|
Ibu sedang menjahit bahu
| |
(v)
|
Kami menonton televisyen sehingga larut malam
| |
(vi)
|
Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
| |
(vii)
|
Sila masuk ke dewan ini
| |
(viii)
|
Usah dikenangkan lagi perkara ini
| |
(ix)
|
Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air
| |
(x)
|
Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad
|
Langgan:
Catatan (Atom)







