Khamis, 25 April 2013

TATABAHASA




Pilih kata adjektif yang sesuai untuk ayat-ayat berikut.

1.    Adik tidak suka makan ubat yang __________________ itu.[pahit/manis/pedas.]
2.    Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah rambutan      itu.[lembut/panjang/usang]
3.    Dinding rumah kedai yang lama itu telah ________ .[hancur/retak/pecah]
4.    Pokok-pokok yang  ____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang dengan  segera.[condong/bongkok/jatuh]
5.    Gulai ikan yang dimasak oleh ibunya  semalam telah  _____________________.[tengik/busuk/basi]
6.    Ikan yang disiang-siang oleh tukang masak itu berbau ___________________. [garing/hangus/hanyir]
7.    Kedua-dua tangan saya hampir ____________ kerana cuaca terlalu sejuk.[keras/kaku/beku]
8.    Ubi keledek yang ____________ ini memang sesuai untuk dijadikan hidangan jamuan  ringan.[empuk/lemau/lembik]
9.    Biskut di dalam tin ini cepat ______________ jika tidak ditutup dengan  ketat.[retas/rangup/lemau]
10.  Jalan yang menuju ke ladang itu agak _______________.[regang/sempit/longgar]
11.  Nordin sentiasa  _____________ belajar kerana dia berazam cemerlang dalam
        peperiksaan.[tekun/malas/benci]
12.  Janganlah kita bersikap ____________ walaupun kita sudah kaya-raya.[ramah/angkuh/kejam]
13.  Malam ini ____________ benar.[rajin/pesar/gelap]
14.  Buah pokok durian itu ______________sekali.[lebat/banyak/garau]
15.  Pelajar yang _____________________ akan berjaya dalam hidupnya.[pandai/malas/bingung]
16.  Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan ________________________[hening/gopoh/hijau]
17.  Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat ______________________[kasar/pelik/bodoh]
18.  Baju ___________________________ itu kepunyaanku.[merah/redup/cerah]
19.  Warna ________________________- tidak digemari oleh ramai orang.[hangit/perang/renek]
20.  Pahlawan itu sentiasa berkeris ____________ ke mana-mana saja dia pergi.[panjang/singkat/labuh]

Persediaan Mengajar





 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN - 
BAHASA MELAYU TAHUN 4
                                                                             

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN - BAHASA MELAYU TAHUN 4
                                                                                                       
Tarikh/Hari:                           JUMAAT                                                             Masa : 8.40 -9.40 (1 jam)
Kelas:                                     4 Mutiara                                                           Bil Pelajar : 19 orang
Mata pelajaran:                    Bahasa Melayu   
Tema:                                    Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi 
Tajuk:                                     Kelapa Sawit
Objektif:                                 Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.     Membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
                                                2.   Menyatakan isi-isi penting teks
                                                3.   Mengenal pasti maklumat dan menulis nota dalam bentuk grafik
Pengetahuan Sedia Ada:         i. Murid pernah melihat pokok kelapa sawit
                                                     ii. Murid mengetahui minyak masak dan marjerin dihasilkan
                                                         daripada kelapa sawit
Konsep:                 Pokok kelapa sawit banyak kegunaan kepada manusia                           
Bahan                    Gambar pokok kelapa sawit, gambar barangan daripada kelapa sawit,
                                marjerin, sabun, minyak masak, lilin, slide power point, lembaran
                                kerja,buku teks
Nilai                        Kebersihan, patriotisme, bekerjasama
Kemahiran            Fokus utama                        6.3 aras 2(i)
                                Fokus sampingan 9.2 aras 2(i)
Tatabahasa          Imbuhan awalan, imbuhan apitan, perkataan seerti
Kosa kata              Isirung, menggerakkan, diproses, reput, unik, manfaat, pelaksanaan
Ilmu                        Geografi, Ekonomi
KBT                        Kecerdasan pelbagai- interpersonal


Langkah/Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
5 minit

Tema:
Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi

Gambar dan slaid pokok kelapa sawit
1.     Guru meminta murid mencantumkan jigsaw puzzle dan meneka gambar
2.     Menunjukkan  slaid gambar pokok kelapa sawit .
3.     Bersoaljawab dengan murid tentang  gambar yang dilihat
1.     Murid mencantumkan gambar dan cuba meneka gambar yang terhasil.
2.     Melihat gambar.
3.     Menjawab soalan
BBM :guntingan  gambar,
gambar, gambar slaid

Teknik : soal jawab
Langkah 1
10 minit

Kelapa Sawit

Petikan rencana Kelapa Sawit
1.     Mendengar dan menilai bacaan mekanis  murid dari segi kelancaran, sebutan dan intonasi
1    Murid membaca petikan teks secara senyap, beramai-ramai secara kuat dalam kumpulan dan kemudian secara individu dengan sebutan dan intonasi yang betul.
BBM – slaid, buku teks

Kaedah terus
bacaan mekanis

Teknik membaca beramai-ramai
Langkah 2
20 minit

Kelapa Sawit

1      Mengesan isi-isi penting teks yang dibaca.
2.   Menggariskan
      isi penting
3.    Menjalankan
       aktiviti
       perbincangan
       dalam
       kumpulan.
4.     Mencatat maklumat di dalam kertas.
1.     Menyoal murid tentang teks yang dibaca.
2.     Menunjukkan benda maujud yang dihasilkan daripada kelapa sawit.
3.     Menayangkan gambar slaid kegunaan bahagian- bahagian kelapa sawit- isirung,buah, tandan , daun, buah, pelepah, dan batang.
4.     Menyoal makna perkataan yang bercetak warna.
5.     Menjelaskan cara mendapatkan maklumat umum/isi penting daripada teks.
6.     Membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil
7.     Membimbing murid mencatat dan membina ayat.
1.    Murid menjawab soalan yang dikemukakan.
2.    Murid melihat benda maujud yang ditunjukkan.
3.    Murid melihat gambar slaid yang ditayangkan.
4.    Murid mencari makna perkataan daripada kamus.
5.     Murid menggarisi isi-isi penting teks
6.    Murid menjalankan aktiviti perbincangan dalam kumpulan untuk mendapatkan maklumat penting daripada teks.
7.     Mencatat maklumat pada kertas yang disediakan.
BBM- buku teks, kamus

Kaedah Oral
Aural

Teknik soal jawab

TMK

Kaedah terjemahan

Kemahiran berfikir:
Kreatif

Kemahiran belajar:
Pemerolehan maklumat penilaian kendiri

Langkah 3
(10 minit)

1.     Pembentangan hasil perbincangan kumpulan
2.     Memberi pendapat
3.     Komen dan ulasan guru
4.     Memberi ulasan dan komen terhadap maklumat yang dilaporkan.
5.     Meminta pendapat daripada murid  lain.
1      Wakil kumpulan melaporkan maklumat yang diperolehi.
2      Murid memberi pendapat masing-masing.
Kemahiran berfikir:
Kritis

Teknik:
Perbincangan

Teknik:
Menyampai
kan laporan
Langkah 4
(10 minit)





1.     Gerakerja bertulis:

-Maksud perkataan/ sinonim

-Peta minda
1.    Memberi latihan
       bertulis – menulis
       maksud perkataan
       yang berwarna.
2.     Menyuruh murid melengkapkan peta minda kegunaan bahagian-bahagian kelapa sawit.
3.     Menyuruh murid menulis perkataan yang mengandungi imbuhan apitan dan akhiran
1.     Menulis makna perkataan/sinonim
2.     Melengkapkan peta minda dan mencatat kegunaan bahagian kelapa sawit
3.     Menulis imbuhan apitan dan akhiran.
Lembaran kerja: Peta minda kegunaan kelapa sawit
Penutup
(5 minit)
Rumusan
Guru merumuskan isi pelajaran dan membuat kesimpulan.
1.     Menyenaraikan pengajaran
yang diperolehi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...