Selasa, 30 April 2013

Tatabahasa




Kata Majmuk
Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.
Kata majmuk terbahagai kepada tiga :
a) Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji.
b) Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu
c) Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita
d) Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana
Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:
a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.
Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.
b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus.
Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.
c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.
Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:
a) dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh :
duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa = jawatankuasa
b) perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya walaupun dan adalah.
c) dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.
d) dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh :
pindah milik à dipindahmilikkan
tukar ganti à ditukargantikan
e) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh :
campur aduk à bercampur aduk
temu bual à ditemu bual
Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.
Nota Tambahan Kata Majmuk
Kata Majmuk Umum
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
i. Kata majmuk biasa- yang terdiri daripada rangkai kata bebas
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari, gambar rajah, jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat
ii. Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda
Kata Majmuk Istilah Khusus
i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum, program bahasa, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, reka bentuk, pita suara
Kata Majmuk Kiasan
i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin, lipas kudung .

1 ulasan:

  1. Rummy Slot Review - DrMCD
    Rummy Casino offers a wide variety of slots, live games, and progressive jackpots. 포천 출장샵 I 경상북도 출장샵 do 거제 출장마사지 not support 사천 출장마사지 a wide 원주 출장샵 variety of games at Rummy Casino.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...