Isnin, 29 April 2013

Nota Tatabahasa




Jenis Ayat.

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat  =  sedang menembak burung.

Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )


Kata Ganda

Kata ganda adalah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses pengulangan ini sama ada melibatkan seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian kata dasar (penggandaan separa).

Penggandaan Penuh
1. Besar-besar
2. Guru-guru
3. Pelajar-pelajar
5. Pokok-pokok

Penggandaan Separa
1. ke-kasut (kasut-kasut)
2. je-jari (jari-jari)
3. re-rambut (rerambut)


Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan : 
1.           Kata Terbitan Berawalan
2.           Kata Terbitan Berakhiran
3.           Kata Terbitan Berapitan
4.           Kata Terbitan Bersisipan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :
a) imbuhan awalan 
- unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’ à ber+sukan

b) imbuhan akhiran
- unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’ à makan+an
imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’ à kembali+kan

c) imbuhan apitan
- imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan
Contoh : imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’ à men+debar+kan
imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an

d) imbuhan sisipan
- unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan
Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’
imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...